RMK-12 Terjemah Pemimpin Negara Dengar Keluhan Rakyat, Hendakkan Kehidupan Berkualiti – Norliza

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat Isini lalu menunjukkan menunjukkan terjemahan seorang pemimpin tertinggi negara yang mendengar keluhan rakyat.

Demikian tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim berkaitan RMK-12 bertemakan ‘Malaysia Makmur, Inklusif dan Mampan’

Katanya, RMK-12 ini berkehendakkan kemakmuran kehidupan berkualiti serta negara mencapai pendapatan tinggi seiring pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang mampan.

“Sejajar dengan pelan lima tahun negara ini, pengenalan konsep Keluarga Malaysia dalam perancangan RMKe-12 adalah sangat wajar pada waktunya.

“Matlamat YAB Perdana Menteri amatlah jelas bahawa negara ini tidak akan membangun dengan jaya jika kita tidak ketepikan segala perbezaan di antara rakyat demi perpaduan bersama.

“Justeru, kita harus kebersamaan dalam arah tuju YAB Perdana Menteri. Kejayaan Keluarga Malaysia bukanlah kejayaan buat individu tetapi kejayaan setiap rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ujarnya yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang merangkap Ketua Wanita UMNO Negeri Pulau Pinang, demi menjayakan Keluarga Malaysia untuk bangkit semula dari kemelut COVID-19, usaha setiap rakyat Malaysia hendaklah menjurus kepada menterjemahkan konsep ini kepada rancangan dan tindakan yang konkrit.

“Hanya dengan inklusitiviti saja, kita mampu menjayakan Keluarga Malaysia. RMK-12 memberi keutamaan untuk menambahkan pendapatan, menghapuskan kemiskinan mutlak dan mengurangkan jurang pembangunan antara negeri dan wilayah dalam tempoh lima tahun mendatang ini.

“Moga perancangan sederhana tetapi progresif, berani dan realistik itu hendaklah diterjemahkan secara wajar dan bijaksana dalam menguruskan perancangan strategik RMKe-12 sehingga rakyat benar-benar mendapat manfaatnya dan ekonomi negara kembali pulih.

“Paling penting ialah sembilan fokus utama di bawah RMKe-12 ini benar-benar memberi kesejahteraan rakyat, kesejahteraan kesihatan awam serta kesejahteraan ekonomi dalam Program Pemulihan Negara, moga rakyat Malaysia terus dilindungi di bawah satu gagasan Keluarga Malaysia,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.