Sejak Awal Pemuda UMNO Perjuangkan Isu KWSP Demi Angkat Suara Rakyat – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menekankan bahawa sejak dari awal pergerakan itu memperjuangkan isu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah untuk mengangkat suara hati rakyat

Ini kerana katanya, rakyat berada dalam keadaan terdesak akibat pandemik COVID-19.

“Sejak dari awal Pemuda UMNO memperjuangkan isu KWSP hanya semata-mata untuk mengangkat suara hati rakyat yang terdesak akibat Pandemik.

“Insya-Allah, kami tidak pernah berdiam diri malah akan menggunakan pelbagai cara dan usaha, kerana ramai yang amat berharap lantaran rata-rata dalam kepayahan dan kesempitan ketika ini.
Moga Allah mempermudahkan segala usaha ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi laman facebooknya sebagai penjelasan terhadap isu terbabit.

Dilaporkan, Pemuda UMNO mula menyuarakan berkaitan pengeluaran KWSP sejak 30 Okt 2020 dengan mendesak agar pengeluaran dapat dilaksanakan untuk membantu rakyat yang kebanyakannya terjejas dari sudut ekonomi.

Sehingga kini, Pemuda UMNO terus konsisten menjadi suara yang lantang dalam menyalurkan #TuntutanRakyat. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.