UMNO Bahagian Kuala Langat Santuni Pelajar Terima Suntikan Vaksin Dos Pertama

KUALA LANGAT, 25 Sept – UMNO Bahagian Kuala Langat hari ini menyantuni para pelajar yang menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Sukan Daerah Kuala Langat.

Ketuanya, Zurihan Yusop berkata pihaknya juga turut memberikan sumbangan sarapan pagi kepada 8,000 pelajar sepanjang pemberian vaksin itu yang berlangsung selama enam hari.

“Pemberian makanan ringan kepada kumpulan pertama di daerah Kuala Langat yang menerima vaksin Pfizer dos satu untuk remaja yang menerima suntikan di sini yang berakhir pada hari Selasa minggu hadapan.

“Kita memberi 1,600 pek makanan dan minuman ringan untuk setiap hari.

“Biasanya mereka ini sudah terbiasa pergi sekolah tidak sarapan jadi kita harap dengan penyediaan yang ada ini memberi kelegaan kepada para pelajar kita selepas mereka menerima vaksin,” katanya ketika ditemui pagi tadi.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan UMNO Malaysia Shahril Hamdan, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) Muhd Hanif Jamaluddin dan Ketua Pemuda MIC Selangor Sritheran Renganathan.

Sementara itu, barisan sukarelawan yang bertugas juga tidak dilupakan di mana sumbangan makanan juga turut diberikan kepada mereka.

“Alhamdulillah sambutan bagus rata-rata petugas yang sebilangan besarnya cikgu juga membantu bahagian pendaftaran dan sambutannya sangat baik.

“Mereka juga mengucapkan terima kasih dengan inisiatif ini menyediakan sedikit sarapan pagi yang diberikan kepada semua petugas yang setiap hari 190 orang akan bertugas di PPV.

“Ianya diharap melegakan mereka ketika mereka bertugas kami hantar makanan ke meja-meja mereka bertugas untuk keselesaan,” katanya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.