Siri Belanjawan: Penerangan ‘Defisit Kerajaan Dan Surplus Rakyat’ – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan sekali lagi menyambung penjelasan berkenaan belanjawan, namun kali ini ianya menfokuskan pemahaman berkenaan konsep ‘defisit kerajaan dan surplus rakyat’.

Katanya siri ini bertujuan membantu pemahaman berkenaan kewangan kerajaan sekaligus memperkuat kebolehan mencerna, membahas dan mempertimbang pandangan serta idea dasar yang mampu memulihkan ekonomi makro dan memperkasa ekonomi rakyat.

“Perbelanjaan oleh seseorang adalah pendapatan bagi orang lain manakala defisit seseorang adalah lebihan kepada pihak lain.

“Dalam konteks ini bermaksud apabila kerajaan berbelanja yang menerima pendapatan ialah sektor bukan kerajaan seperti isi rumah atau pun sektor karporat.

“Sebaliknya pula, bila kita bayar cukai tidak kira sama ada cukai pendapatan individu atau cukai korporat yang dapat pendapatan itu ialah kerajaan,” katanya menerusi video TikTok tersebut.

Jelas Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu lagi, perkara yang boleh dibahaskan adalah berkenaaan defisit kerajaan ini adakah ianya membawa kepada tujuan yang sewajarnya.

“Adakah ianya membawa kepada surplus yang sepatutnya atau pun belanja defisit kerajaan membawa surplus kepada sektor dan aspek yang membazir.

“Ada yang pula yang tanya bukankah defisit setiap tahun akan menambah kepada hutang kerajaan?” katanya penjelasan berkenaan akan diberikan menerusi video yang seterusnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.