Anak Muda Serah Borang Keahlian Parti… Siapa Kata UMNO Sudah Tidak Lagi Relevan… – Pemuda Maran

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Dalam keadaan suasana politik yang masih belum pulih sepenuhnya, UMNO terus mendapat tempat di kalangan anak-anak muda dengan penyertaan mereka untuk menjadi ahli parti.

Bagi kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran, majlis perjumpaan bersama ketua bahagiannya, Datuk Seri Shahniza Shamsuddin yang berlangsung semalam telah diaplikasi dengan pengisian penyerahan borang keahlin UMNO.

Ketua Pemudanya, Mohd Tasyrif Sabaruddin memaklumkan bahawa penyerahan 129 borang keahlian baru kepada Ketua UMNO Bahagian Maran telah menolak dakwaan bahawa UMNO tidak lagi relevan.

“Kesemua 129 borang yang diterima ini adalah dikalangan anak-anak muda dalam Bahagian Maran. Ini adalah antara fokus Pemuda UMNO Maran yang memainkan peranan dalam memastikan sokongan golongan muda kepada UMNO terus kukuh.

“Semoga UMNO terus relevan dulu, kini dan selamanya. Ape lagi anok muda. Moh la join UMNO. Jangan malu jangan segan, boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut,” katanya lagi yang dipetik menerusi laman facebook pergerakan terbabit. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.