UMNO Rakam Takziah, Naib Ketua UMNO Shah Alam Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR, 19 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama seluruh kepimpinan dan ahli parti merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Naib Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Wan Indra Putra Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah.

Ujar Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Wan Indra Putra merupakan seorang pejuang parti yang dikenali ramai dan telah menabur banyak jasa dalam perjuangan parti menegakkan Agama Bangsa dan Tanah Air hingga hari ini.

“Semoga Allah S.W.T ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia dan lapangkan kubur dia.

“Semoga Allah S.W.T jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya,” katanya menerusi Facebook.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di dalam platform media sosial yang sama turut mengucapkan takziah atas pemergian Wan Indra Putra dan juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak Datuk Nilwan Kabang bekas ADUN Kunak meninggal dunia awal pagi tadi.

Sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah untuk Allahyarham.

Didoakan agar Alllahyarham ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.