Bantuan Prihatin Rakyat : Asyraf Kongsi Kekecewaan Mereka Yang Gagal Rayuan

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi hari ini berkongsi kekecewaan rakyat berhubung kegagalan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Menerusi perkongsian di Facebook beliau, Asyraf menyatakan kebanyakannya adalah dalam kategori M40 sebelum ini yang hilang punca pendapatan sejak awal tahun akibat PKP dan Pandemik.

“Pagi ini melayani hampir 58 mesej-mesej peribadi yang melahirkan kekecewaan akibat gagal dalam Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat. Kebanyakannya adalah dalam kategori M40 sebelum ini yang hilang punca pendapatan sejak awal tahun akibat PKP dan Pandemik.

“Dalam pertemuan dengan CEO LHDN Rabu lalu, saya dan Pemuda UMNO telah menyuarakan kes-kes seperti ini dan memohon agar dipermudahkan proses rayuan termasuk dokumen-dokumen tambahan yang diperlukan. Ini juga antara isu yang diperjuangkan dalam #tuntutanRAKYAT.

“Pihak LHDN telah menyatakan komitmen dengan memanfaatkan pelbagai platform disediakan bagi tujuan rayuan. Kami juga mencadangkan agar ruang rayuan dibuka sepanjang masa agar tiada yang tercicir daripada menerima manfaat bantuan yang disediakan kerajaan,” katanya.

Katanya lagi InsyaAllah, pihak LHDN dan Pemuda UMNO telah bersetuju untuk saling bekerjasama untuk memastikan isu-isu #TuntutanRakyat dapat ditangani terutamanya dalam menyentuh aspek proses penyaluran bantuan dan rayuan.

“Siapa di sini yang masih hadapi masalah serupa rayua BPR tertolak,” ujarnya. – UMNo Online

 

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.