UMNO Terus Bersama Rakyat… Turun Padang, Salurkan Bantuan Berdepan Suasana Mencabar – Chaya Sulaiman

KOTA KINABALU, 17 Sept – UMNO sentiasa membantu rakyat dalam kesusahan dan berusaha untuk memastikan masyarakat berada dalam keadaan aman sejahtera walaupun berdepan dengan pelbaga dugaan.

Demikian tegas Ketua Wanita UMNO Bahagian Kalabakan, Chaya Sulaiman yang aktif melaksanakan gerak kerja turun padang bagi membantu rakyat.

Katanya, sejak dari dahulu, UMNO telah sebati dan amat dikenali sebagai parti yang sentiasa berusaha bagi membantu rakyat.

“Saya sentiasa turun padang sama ada untuk program kecil atau UMNO sendiri.

“Saya mahu menyelami hati dan perasaan rakyat, saya akan fikirkan yang terbaik dan saya akan dapatkan pandangan kolektif daripada masyarakat untuk memastikansemua mendapat pembelaan,” katanya sambil menambah keperluan rakyat lebih penting dan perlu diutamakan.

Beliau menjelaskan bahawa sebagai pimpinan yang mewakili UMNO, beliau melakukan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuklah pimpinan pembangunan masyarakat untuk turun padang menziarahi beberapa individu sebagai tanda prihatin dan ingatan kepada rakyat yang mendepani saat-saat sukar.

“Kawasan ini bukan asing dengan saya, saya Ketua Wanita Umno Bahagian Kalabakan dan saya ada hubungan akrab dengan akar umbi,” katanya yang memiliki pengalaman dalam UMNO lebih 30 tahun.

Dalam masa yang sama Chaya turut mengagihkan bakul makanan kepada mereka yang terkesan angkara pandemik COVID-19.

Ujarnya, baru-baru ini beliau bersama-sama anggota Unit Pimpinan Pembangunan Masyarakat DUN Kukusan telah menyantuni ahli keluarga Allahyarham Maseji Ladun iaitu kakitangan Majlis Perbandaran Tawau yang telah meninggal dunia selain beberapa keluarga lain yang turut kehilangan orang tersayang.

“Keadaan dalam negara sekarang amat mencabar dan kita mahu sentiasa bersama rakyat, memberikan sokongan terutama dalam keadaan yang sukar sebegini,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.