Ahmad Zahid Luah Syukur, Program Outreach Vaksinasi COVID-19 Bagan Datuk Lancar

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan kesyukuran beliau dengan penganjuran Program Outreach Vaksinasi COVID-19 yang berlangsung di Bagan Datuk.

Beliau yang juga Ahli Parlimen kawasan berkenaan turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program berkenaan.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima kasih semua yang terlibat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Hari ini merupakan hari terakhir program vaksinasi yang diadakan di Dewan Perdana, UMNO Bahagian Bagan Datuk yang bermula sejak 13 September lalu.

Program tersebut dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia serta Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan Datuk bagi memperi peluang kepada penduduk sekitar mendapatkan suntikan vaksinasi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.