UMNO Bersama Rakyat, Terus Bantu Mangsa Banjir Dan Tanah Runtuh Sabah – Ir Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 16 Sept – Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah, Ir Abdul Aziz Julkarnain bersama-sama Pemuda UMNO Penampang, Kota Kinabalu berserta Badan Bukan Kerajaan Amal Bakti Likas telah memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir dan tanah runtuh yang terjejas di pusat bandaraya ini.

Katanya, tujuan ini adalah untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir dan tanah runtuh selepas pasca banjir.

“Bersama ahli-ahli Pemuda UMNO Penampang, Pemuda UMNO Kota Kinabalu, NGO Amal Bakti Likas (A.B.L) membantu mangsa-mangsa banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat berterusan semalam.

“Antara bantuan-bantuan yang akan diagihkan ialah minuman dan bakul makanan dan selepas pasca banjir ini apabila air mula surut maka Pemuda UMNO Sabah akan sentiasa membantu membersihkan rumah-rumah yang dipenuhi lumpur-lumpur.

“Mohon doakan usaha kami di hari besar Hari Malaysia ini agar dipermudahkan,” katanya kepada UMNO Online.

Terdahulu hujan lebat yang mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar pusat bandaraya mula dilanda banjir kilat dan tanah runtuh.

Ini adalah kali kedua dalam tempoh dua minggu semenjak pusat bandaraya ini dilanda banjir kilat kali pertama pada 3 September lalu. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.