Tahun Kedua COVID -19 : Kita Mesti Buktikan Mampu Depani Cabaran – Sharkar

KUALA LUMPUR, 16 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata wabak COVID-19 yang melanda dunia serta negara hari ini merupakan satu cabaran besar.

Menurut beliau tahun 2021 turut melakar sejarah buat negara yang berdepan dengan pandemik berkenaan bagi tahun yang kedua.

“Tahun 2021 pastinya melakarkan satu sejarah buat negara apabila kita semua berhadapan dengan ancaman wabak Covid-19 untuk tahun yang kedua,” katanya menerusi catatan Facebook sempena Hari Malaysia hari ini.

Tambah Sharkar dalam keadaan sedemikian, seluruh rakyat perlu bersatu hati membuktikan negara dan seluruh rakyat mampu mendepani cabaran berkenaan.

“Namun begitu kita wajib buktikan yang kita mampu mendepani wabak ini dengan jayanya kerana sikap perpaduan dan saling bekerjasama di kalangan rakyat Malaysia. Selamat Hari Malaysia 2021,” ujarnya. – UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.