Hari Malaysia: COVID 19 Masih Menguji Walaupun Belum Ada Kesudahannya– Azhari Shaari

KUALA LUMPUR, 16 Sept – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata pada tanggal 16 September 1963, negara ini mencatat sejarah penting untuk negara apabila Sabah dan Sarawak bersama negeri-negeri di Semenanjung membentuk negara Malaysia.

Jelasnya, sudah hampir dua tahun rakyat menyambut hari kemerdekaaan dan hari Malaysia dalam suasana pandemik COVID-19 yang masih lagi belum kesudahannya.

“Pandemik COVID-19 menguji kita sebagai sebuah negara yang bersatu padu dalam kemajmukan budaya… ibarat cubit peha kiri peha kanan terasa pedih.

“Pada 16 September juga masih diuji dengan kes COVID-19 yang masih mencecah lima angka, terutamanya Selangor yang masih mencatat empat angka.

Tambah Azhari, hari Malaysia bukan sahaja menguji kesabaran melalui kehidupan seharian yang selesa selama ini malahan semasa pandemik COVID-19 diuji dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Kesemua ujian ini mematangkan kita untuk kekal bersatu membantu satu sama lain.

“Sesungguhnya tema Malaysia Prihatin kekal relevan di saat kita menghadapi cabaran getir COVID-19 bersama-sama di saat ini dan pada hari mendatang dan semoga Malaysia terus tabah,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.