UMNO Rakam Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Tan Sri Zaman Khan

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan seluruh kepimpinan parti mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan, 80, yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara, di sini hari ini.

Ahmad Zahid menganggap pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar.

“Satu kehilangan besar untuk negara terutama bagi sektor keselamatan dan ketenteraman awam. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.

“Semoga Allah memberikan rahmat dan keampunan-Nya ke atas Allahyarham Tan Sri Zaman Khan dan ditempatkan disyurga-Nya. Al-Fatihah,” katanya.

Allahyarham antaranya pernah memegang jawatan Pengarah JSJ Bukit Aman sekitar 1993 dan pernah mengendalikan kes berprofil tinggi dan menamatkan perkhidmatan dalam pasukan beruniform sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penjara pada 1997. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.