Tampil Beri Maklumat Salah Laku Kuasa… Zaman PH Gugur Kes LGE, Jadi Menteri Kewangan – Razlan

KUALA LUMPUR, 6 Sept – “Saya menyeru kepada Penjawat Awam yang berani untuk tampil ke hadapan memberikan maklumat berkenaan salah laku penggunaan kuasa oleh Kerajaan dan mesti dibawa ke hadapan untuk diadili.”

Demikian tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii berikutan terdapat banyak arahan teknikal yang dimainkan semasa bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas semasa bertugas, mengubah untuk memastikan arahan Ketua mereka tercapai.

“Ada kes diubah fakta untuk dibuat ulasan mencari ruang agar kes digugurkan, ada juga kes yang tidak cukup fakta diubah untuk memberi ulasan agar kes itu dibawa untuk didakwa.

“Sampai bila sistem keadilan ini dibiarkan sahaja,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Ujar Razlan, hanya di Malaysia Pakatan Harapan (PH) menggugurkan kes Lim Guan Eng kerana mahu dilantik sebagai Menteri Kewangan Malaysia.

“Untuk menjadi Menteri Kewangan, di zaman PH mereka boleh melakukan apa sahaja asalkan ada kuasa di tangan.

“Mereka boleh mencipta kes-kes malah mereka menggunakan kuasa untuk menekan parti lawannya,” ujarnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.