Pemuda UMNO Bersama Rakyat, Bantu Bawa Bekalan Air Bersih Untuk Penduduk Terjejas – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Pemuda UMNO merakamkan penghargaan kepada pihak Ranhill Utilities Berhad yang telah menyediakan dua Portable Water Treatment Plant untuk memproses bekalan air minuman kepada penduduk.

Katanya, dengan kapasiti mesin ini ia dapat menghasilkan 240,000 liter air bersih yang boleh diminum setiap hari oleh penduduk yang terjejas.

“InsyaAllah… Pemuda UMNO akan sentiasa membantu membawa bekalan air bersih dengan menggunakan 20 lori yang telah disewa khas untuk ke kampung-kampung yang terjejas.

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah menilai kualiti air dan ianya selamat serta bersih untuk diminum terus setelah diproses, malah KKM juga akan menjalankan ujian kualiti air setiap dua hari sekali bagi memastikan kandungan air selamat untuk digunakan penduduk.”

Tambah Dr Asyraf, dengan usaha ini ia sedikit sebanyak dapat membantu rakyat Negeri Terengganu yang terkesan dan memberi kehidupan lebih baik kepada penduduk yang sedang menghadapi kesukaran mendapatkan sumber bekalan air pada ketika ini.

“Kami Pemuda UMNO mendoakan agar keadaan ini akan beransur pulih dan penduduk di sini dapat menjalankan kehidupan seperti biasa secepat mungkin… Insya-Allah.

“Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu telah menyediakan sebanyak 12 pasukan berserta 20 lori dengan kapasiti tiga tan serta dua tangki air bersih untuk diagihkan setiap hari sehingga masalah air yang dialami penduduk sekitar Kuala Nerus dapat diselesaikan akibat paip air pecah kali kedua yang dijangkakan berlarutan beberapa minggu lagi,” katanya lagi.

Turut hadir melancarkan misi bantuan penghantaran air bersih di Kuala Nerus, Terengganu ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.