BKC: Dapat Meringankan Beban Rakyat, Rangsang Ekonomi Negara – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Bantuan Khas Covid (BKC) yang diberikan kepada rakyat dapat merangsangkan ekonomi negara.

Katanya, bantuan ini adalah sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh kerajaan.

“Sedikit sebanyak boleh ringankan bebanan rakyat dan jika ada lagi dana tambahan, tentu boleh beri lagi kemudian.

“Cukai daripada mereka yang mampu membayar dan syarikat-syarikat memanglah dibahagikan semula kepada rakyat.

“Ketika COVID, lagi banyak bantuan… lagi baik,” katanya menerusi satu hantaran di facebook.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perkara melibatkan BKC yang akan memanfaatkan lebih 10 juta penerima terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40, serta golongan bujang yang berkelayakan. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.