Bencana Di Kedah Pamerkan Semangat Padu Bantu Mangsa Banjir- Fadzil

MERBOK, 3 Sept – Bencana banjir yang menimpa beberapa kawasan di Kedah ekoran fenomena kepala air Gunung Jerai memperlihatkan keprihatinan pelbagai pihak yang masing-masing tampil ke depan membantu mereka yang terlibat.

Pihak kerajaan menerusi agensinya manakala parti-parti politik pula turut sama membantu selain penglibatan NGO dan juga sukarelawan lain yang turun padang.

Malah UMNO dari pelbagai peringkat termasuk sayap Pemudanya antara yang tidak ketinggalan dalam usaha menyalurlan pelbagai bentuk bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Berkongsi pengalaman tersebut, Ketua Pemuda UMNO Kedah Mohamad Fadzil Zolkipli berkata struktur parti sehingga ke akar umbi sedikit sebanyak memberi kelebihan dalam usaha menyalurkan kepelbagain bantuan.

“Pemuda Kedah daripada hari pertama bencana hingga ke hari ini selama hampir dua minggu setiap hari Pemuda daripada bahagian menghantar ‘team’ masing-masing.

“Fasa pertama tiga empat hari sebelum kita minta rakan-rakan daripada semua bahagian untuk kita bantu mencuci serta membersihkan kawasan di dalam rumah dan sebagainya yang teruk dengan lumpur,” ujarnya kepada UMNO-Online yang turut berkesempatan turun ke kawasan berkenaan.

Tambahnya lagi memasuki fasa kedua pihaknya telah berusaha  mendapatkan jentera membantu dikawasan luar rumah dan kawasan sekitar.

“Kawasan luar yang sangat teruk dengan lumpur. Pemuda UMNO Kedah telah menyewa 30 buah lori dan pelbagai jentera yang lain termasuk exavator untuk membantu mereka yang terlibat. Kita baharu sahaja keluarkan jentera daripada kawasan ini dan boleh dikatakan hampir keseluruhan apa yang telah kita cuba bantu itu hampir berjaya,” tambahnya.- UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.