Ahmad Zahid Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Tun Sakaran Dandai

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan seluruh kepimpinan UMNO mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai yang telah meninggal dunia pagi tadi.

“Dari Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali. Sekali lagi hari ini kita telah dikejutkan dengan pemergian tokoh yang sangat besar jasanya kepada kita khususnya negeri Sabah iaitu mantan Tuan Yang Dipertua Negeri Sabah Allahyarham Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai awal pagi tadi

“Pemergian beliau ini hanya beberapa ketika selepas mantan KM Sabah turut pergi meninggalkan kita awal pagi semalam.

“Hanya doa kita mampu iringi pemergian Allahyarham dengan harapan segala dosanya akan diampunkan Allah dan baktinya kepada negara dan agama akan menjadi bekalan berharga di akhirat sana. Amin,” kata Ahmad Zahid menerusi kenyataan pendek dalam laman facebooknya.

Dilaporkan, Sakaran, 91, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Gleaneagles di sini pada pukul 5.30 pagi tadi, akibat jangkitan COVID-19, sejak dimasukkan pada 18 Ogos lepas.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.