Peserta Perlu Manfaatkan Pertandingan Pidato Online PUMAS, Asah Bakat Dan Cari Pengalaman – Rauf

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berharap para peserta yang terlibat pada Pertandingan Pidato Online anjuran Penerangan UMNO Malaysia (PUMAS) dapat memanfaatkan sebaik mungkin dalam usaha mencari pengalaman yang amat bermakna.

Menurut beliau walaupun pada asasnya adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru namun secara tersiratnya inilah masa yang terbaik bukan sahaja untuk mengasah bakat masing-masing  malah menjadikan ianya sebagai pengalaman untuk diri sendiri pada masa akan datang.

“Kepada peserta anggaplah ini bukan sahaja sebagai pertandingan tetapi juga sebagai tempat untuk mengambil  pengalaman untuk pada masa depan dan ini akan mengajar kita.

“Pengalaman yang ada pada hari ini amat berguna dan saya menyeru kepada semua bagi memastikan peluang yang diberikan kepada anak muda dimanfaatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan secara maya Pertandingan Pidato Online peringkat UMNO Negeri Melaka malam tadi. Turut serta Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan, Ketua Penerangan UMNO Melaka, Datuk Abd Razak Abd Rahman serta pimpina  lain.

Ab Raof seterusnya menambah pihaknya amat tertarik dengan kaedah yang digunakan Penerangan UMNO Malaysia hari ini dalam usaha memastikan pemidato-pemidato terbaik dapat dilahirkan.

“UMNO Melaka amat tertarik dengan penganjuran pertandingan pidato pidato secara online dan inilah julung-julung kali diadakan bagi mencungkil pemimpin muda yang bakal mengambil alih parti ini pada masa depan.

“Harap para peserta dapat berpidato dengan kaedah yang terbaik.  Hasrat kita untuk melahirkan pemidato yang boleh menjuarai isu dan berdepan dengan rakyat pada pilihan raya,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.