Ahmad Zahid Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Lajim Ukin


KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang telah meninggal dunia awal pagi tadi.

“Segala jasanya kepada Malaysia dan agama Islam diharapkan akan menjadi syafaat kepadanya di alam akhirat.

“Semoga Allah SWT ampuni dosanya dan akan menempatkan rohnya bersama yang beriman dan bertakwa. Al-Fatihah,” katanya menerusi satu catatan di Facebook.

Dilaporkan, Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu meninggal dunia akibat COVID-19 di Hospital Pakar KPJ, Kota Kinabalu, pagi tadi dan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kebatu, Beaufort.

Allahyarham merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah selama tiga penggal bermula 1999 dan juga pernah menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan pada 2008 hingga 2009 dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 2009 hingga 2012. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.