Pertandingan Pidato Online Tepat Pada Masanya, Persediaan Parti Hadapi Landskap Politik Semasa – Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Pertandingan Pidato Online anjuran Penerangan UMNO Malaysia (PUMAS) merupakan medan terbaik bukan sahaja untuk mengasah bakat muda malah sebagai persediaan kemungkinan landskap baru kempen Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Abdul Rahman Bakri ketika berucap merasmikan Pertandingan Pidato Online peringkat Negeri Selangor hari ini berkata  penceramah-penceramah yang lahir hari ini akhirnya akan menjadi aset terpenting kepada UMNO dan seterusnya menjadi penceramah kepada UMNO Selangor.

Menurut beliau dalam era pandemic COVID-19, tentunya pelbagai persediaan perlu dilakukan dalam usaha mendepani PRU akan datang dan apa yang dilaksanakan hari ini adalah salah satu medium yang cukup penting sebagai persediaan ke arah berkenaan.

“Jika diadakan pilihan raya dalam era pandemik COVID   ini  tentunya kita tidak boleh bersemuka. Jadi sebab itu ceramah secara maya ini kita perlukan kemahiran daripada mereka untuk kita berkempen secara maya nanti jika seandainya pilihan raya diadakan dalam era COVID.

“Saya difahamkan lebih 90 peratus daripada peserta yang bertanding pada hari ini semuanya daripada golongan muda dan ini menunjukkan bahawa dalam keadaan digital sekarang…kata orang dunia dihujung jari maka memang amat wajar orang-orang muda ini terlibat,” katanya.

Katanya lagi keadaan itu bukanlah bermaksud menidakkan orang-orang lama tetapi dalam keadaan hari ini kita memerlukan penglibatan semua lapisan peringkat.

“Kita bukannya menidakkan orang-orang lama…tetapi dalam era sekarang kita perlukan mereka yang begitu pantas dalam era digital…kita orang lama pula harus sama-sama mempelopori agar kita tidak ketinggalan pada era digital ini untuk sama-sama membantu parti kita,” ujarnya.

Seramai 39 peserta terlibat pada pertandingan berkenaan dan pertandingan tersebut yang bermula pagi tadi akan bersambung esok. – UMNO Online.

 

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.