100 Hari : Perdana Menteri Tidak Ada Banyak Masa, Tumpu COVID Dan Baiki Ekonomi Rakyat
KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan percaya kabinet baharu yang dibentuk hari ini tidak mempunyai masa yang banyak dalam usaha merencana serta melaksanakan pelbagai perkara khususnya berdepan COVID-19 serta memperbaiki ekonomi negara serta rakyat.
Menerusi catatan di Facebooknya, beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO percaya dalam tempoh 100 hari pertama, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak mempunyai banyak masa.
“Betul agaknya, Tiada masa ‘berbulan madu’ tiada masa untuk bercuti walau sehari, Dalam masa 100 hari pertama, Kerajaan Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya lagi.
Ahmad Maslan seterusnya berharap kabinet yang berpengalaman itu bingkas bangkit untuk melangkah ke depan.
“Moga kabinet pelbagai pengalaman itu bingkas dan bangkit, demi negara dan Keluarga Malaysia. Selesaikan COVID-19 dan baiki ekonomi rakyat,” ujarnya.- UMNO Online