PERTANDINGAN PIDATO ONLINE

PENERANGAN UMNO MALAYSIA (PUMAS)

1. Ibu Pejabat Penerangan UMNO Malaysia akan mengadakan pertandingan Pidato bagi mencungkil bakat pemidato dari kalangan ahli UMNO. Pertandingan ini akan diadakan secara online menggunakan kaedah GoogleMeet/Webex.

2. Ia terbuka kepada seluruh ahli UMNO di Negeri/Bahagian. Setiap Bahagian dikehendaki menghantar 2 orang peserta.

3. Tarikh mula pertandingan pada 8hb. Ogos 2021 sehingga 31hb. Ogos 2021.

A) Kaedah/Syarat Pertandingan:
1.Pertandingan ini terbuka kepada seluruh ahli UMNO yang berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh 8hb. Ogos 2021. Kakitangan Ibu Pejabat UMNO tidak dibenarkan untuk menyertai.

2. Mereka yang berminat hendaklah mengemukakan nama dan butiran peribadi
kepada Penerangan UMNO Bahagian menggunakan borang yang boleh dimuat turun daripada laman web www.umno-online.my. Borang yang telah diisi hendaklah diserahkan kepada Ketua Penerangan UMNO Bahagian & Ketua Penerangan UMNO Negeri.
3. Ketua Penerangan UMNO Negeri diminta menghantar Salinan nama peserta
kepada Penerangan UMNO Malaysia menggunakan e-mel :
[email protected] @ faks : 03-40456433.
4. Setiap bahagian hendaklah mengemukakan dua nama peserta. Penyertaan
daripada wakil sayap pergerakan adalah digalakkan.
5. Peserta dikehendaki berpidato di hadapan kamera telefon sendiri, dengan
menggunakan link GoogleMeet/Webex yang akan diberikan oleh Penerangan UMNO Malaysia.
6. Setiap peserta diberi masa 20 minit. Mereka boleh berpidato di rumah, di pejabat atau mana-mana premis yang difikirkan sesuai.
7. Kaedah penghakiman akan dilaksanakan oleh juri-juri terpilih yang akan menonton pidato melalui GoogleMeet/Webex yang sama.
8. Peserta akan diadili dari segi ketepatan isi dan fakta, gaya, penggunaan bahasa
yang betul serta huraian hujah mereka.
9. Bahasa yang digunakan hendaklah Bahasa Melayu.
10. Peserta hendaklah menjaga tutur kata dan pidato agar ia menghormati institusi Raja-Raja Melayu, tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama, budaya serta keharmonian perpaduan. Ucapan pidato juga hendaklah tidak mengandungi elemen lucah, mempersenda pemimpin negara, provokatif, subversif, memfitnah, menghasut yang dianggap menyalahi perundangan Persekutuan.
11. Peserta dilarang melanggar undang-undang Malaysia dari segi Akta Hasutan
1948, Akta Komunikasi & Multimedia 1998 dan Perlembagaan Persekutuan.
12. Penganjur tidak bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang oleh peserta.

B) Hakmilik bahan
Ibu Pejabat UMNO akan merakam setiap pidato peserta. Bahan rakaman pidato
akan menjadi hakmilik penganjur.

C) Pengadilan & Hadiah
1. Setiap pidato akan diadili oleh satu pasukan juri yang terdiri daripada profesional dan kepimpinan penganjur.
2. Tiga (3) pemenang peringkat Negeri akan menyertai pertandingan akhir di
peringkat Pusat.
3. Hadiah peringkat Negeri adalah seperti berikut :-
Hadiah Pertama : wang tunai RM1,000.00
Hadiah Kedua : wang tunai RM700.00
Hadiah Ketiga : wang tunai RM400.00
4. Hadiah peringkat Pusat adalah seperti berikut :-
Hadiah Pertama : wang tunai RM5,000.00 dan sijil penyertaan
Hadiah Kedua : wang tunai RM3,000.00 dan sijil penyertaan
Hadiah Ketiga : wang tunai RM1,000.00 dan sijil penyertaan
5. Keputusan juri adalah muktamad.
6. Nama-nama pemenang akan diumumkan melalui laman web UMNO Online.
Pemenang akan diberitahu menerusi email yang diberikan oleh peserta. Majlis
penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh YB Presiden UMNO pada satu tarikh
yang akan ditentukan kelak.
Diterbitkan oleh :
Sekretariat Pertandingan Pidato Online
Penerangan UMNO Malaysia
Tingkat 38, Menara Dato’ Onn, Jalan Tun Ismail,50480 Kuala Lumpur.
Tel : 03-40429511, Faks : 03-40456433, E-mel : [email protected]

Untuk Muatturun Borang (bagi penghantarn e-Mel)