Taati Keputusan UMNO, Mohd Razlan Letak Jawatan Ahli Lembaga Pengarah LTAT

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii, hari ini, mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Beliau berkata, tindakan itu sebagai selari dengan keputusan UMNO yang menarik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sudi melantik saya sebagai Ahli Lembaga Pengarah LTAT.

“Sebagai mentaati keputusan UMNO yang menarik sokongan kepada kepemimpinan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin, saya dengan ini meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah LTAT,” katanya dalam kenyataan media hari ini. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.