Sokong Keputusan MKT, Utamakan Perjuangan UMNO Daripada Kepentingan Peribadi – Musa


KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang meminta agar semua kepimpinan parti dapat terus bersama-sama kembali bersatu hati dengan mengutamakan matlamat perjuangan parti daripada kepentingan peribadi.

Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang menyokong penuh kenyataan yang telah dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hasil daripada keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia (MKT) yang diadakan pada 3 Ogos 2021 baru-baru ini.

“Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang meminta dan menyeru kepada semua pemimpin dan ahli parti disemua peringkat bukan hanya menyokong malah perlu akur dengan keputusan ini memandangkan ianya merupakan ketetapan yang sangat jelas dan sejajar dengan keputusan yang dibuat di dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 pada bulan Mac 2021 lalu,” katanya berkaitan isu terbabit, hari ini.

Terdahulu, menerusi meyuarat MKT, UMNO memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin yang ternyata gagal di mata rakyat, selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.

UMNO juga berpendirian bahawa Tan Sri Mahiaddin Md Yasin mesti mengambil tanggungjawab atas kegagalan dan keingkaran Kerajaan pimpinan beliau yang menyanggah titah KDYMM Yang di-Pertuan Agong dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri secara terhormat. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.