Salah Guna Logo Rasmi PUMAS, Ahli Dinasihati Rujuk Laman Rasmi UMNO

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Ibu Pejabat UMNO menerusi Jabatan Penerangan memandang serius penggunaan logo rasmi PUMAS dalam beberapa infografik palsu tular lewat kini.

Sehubungan itu, Ibu Pejabat menasihati ahli UMNO dan pihak awam agar sentiasa rujuk laman rasmi www.umno-online.my serta platform media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan youtube bagi siaraya sebarang bentuk laporan, berita, infografik, video atau apa-apa seumpama dengannya demi mengelak sebarang kekeliruan mahupun kekalutan dilakukan oleh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang berniat jahat serta cubaan menangguk di air keruh. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.