Tak Buat Usul Percaya Sekarang Sebab COVID-19, Tapi Mereka Tiap-tiap Malam Bebas Jumpa Bermesyuarat – Najib

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mempersoalkan kenapa bukan sekarang usul percaya kepada Perdana Menteri dibentangkan di Dewan Rakyat.

Kata Najib, ini berikutan perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tengah hari tadi yang berkata Yang di-Pertuan (YDP) Agong memintanya membuktikan masih ada sokongan majoriti setelah memaklumkan Agong bertitah kepadanya hanya lapan orang ahli Parlimen UMNO yang tarik sokongan terhadapnya.

“Dia kata dia percaya bahawa dia masih ada sokongan majoriti. Tapi dia berjanji pada YDP Agong akan usulkan undi percaya terhadap dia pada sesi Parlimen bulan September.

“Kenapa pula bukan sekarang memandangkan kita baru masuk bulan Ogos? Sebab COVID (COVID-19) masih serang Parlimen ke?

“Tapi saya tengok mereka yang kononnya terdedah pada COVID dalam Parlimen sudah bebas ke sini dan ke sana, siap ‘meeting’ tiap-tiap malam di rumah,” tegas Perdana Menteri Keenam itu dalam satu hantaran di Facebook.

Akhirnya bidas Najib, Muhyiddin salahkan dan menipu bahawa mereka yang tarik sokongan terhadapnya adalah mereka yang mahu kes digugurkan.

“..sedang (kan) cara terbaik untuk gugurkan (kes) ialah dengan membodek dan bukan melawan.

“Boleh tanya Xavier (Dr Xavier Jayakumar), Menteri kanan tak HD, Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed) dan lain-lain,” sinisnya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.