Noh Dakwa Zuraida Menteri Biadap Tak Faham Konsep Raja Berperlembagaan

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Ahli Parlimen Tanjung Karang Tan Sri Noh Omar mendakwa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang sebagai seorang menteri yang biadap dan tidak memahami konsep Raja Berperlembagaan.

Bidasnya, ini juga antara penyebab pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) menjadi kelam-kabut.

“Kalau urusan dengan pihak Istana pun tak faham bagaimana nak uruskan masalah rakyat menghadapi pandemik COVID-19?

“Ini menyebabkan rakyat marah dan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pula melahirkan rasa dukacita kepada kerajaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Dilaporkan, Zuraida yang juga bekas Naib Presiden PKR yang kini melompat ke PPBM melalui satu program bual bicara pada Isnin baru-baru ini mendakwa kenyataan dikeluarkan Istana Negara berhubung pembatalan Ordinan Darurat tidak wajar kerana YDPA perlu menurut nasihat dan boleh mendapatkan penjelasan daripada kabinet terlebih dahulu sebelum mengeluarkan titah.

Maka tegas Noh lagi yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor berkata bahawa tindakan UMNO menarik sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin adalah satu tindakan yang betul.

Semalam, UMNO memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan Kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin yang ternyata gagal di mata rakyat, selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.

Demikian tegas Ahmad Zahid dalam sidang media yang berlangsung secara maya selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat MKT UMNO, Selasa petang. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.