Waspada Tular Kenyataan Media Palsu, Ahli UMNO Diminta Rujuk umno-online.my

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Ibu Pejabat UMNO menerusi Jabatan Penerangan ambil maklum tular satu kenyataan media palsu kononnya atas nama gabungan parti PKR, UMNO, Amanah, DAP, GPS, Warisan, UPKO, PSB dan Muda bagi menggesa diujudkan Agenda Penubuhan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-15.

Sehubungan itu, Ibu Pejabat menasihati ahli UMNO dan pihak awam agar berwaspada dengan kenyataan, laporan dan berita palsu oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab berniat jahat untuk mewujudkan keraguan, kebimbangan atau huru-hara dalam situasi politik semasa negara.

Untuk perhatian, kenyataan-kenyataan rasmi UMNO hanya seperti dilapor oleh media rasmi www.umnoonline.my atau disiaraya platform rasmi media sosial kepimpinan tertinggi parti. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.