Harap Rakyat Bertenang, Berdoa Agar Kemelut Politik Berakhir – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Ketua Whip Kerajaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap rakyat bertenang dalam menghadapi situasi terkini dan sama-sama kita berdoa agar kemelut politik ini berakhir dengan segera.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO berkata, situasi politik negara pada hari ini dalam keadaan yang tidak stabil yang boleh menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik COVID-19.

“Saya menjunjung akan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media berikutan titah Baginda yang menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan di Parlimen Isnin lepas bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan.

“Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli-Ahli Parlimen yang masih bersama-sama kerajaan pada hari ini,” katanya Ismail Sabri lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.