Mohamad Hasan Dilantik Pengarah Pilihan Raya UMNO – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO Malaysia berkuatkuasa serta merta.

Katanya yang juga Pengerusi BN, penstrukturan semula Jabatan Pilihan Raya UMNO ini bagi memperkukuhkan organisasi di setiap peringkat parti dan akar umbi.

“Timbalan Presiden UMNO, YB Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini menjalankan tugas sebagai Pengerusi War Room Barisan Nasional dan UMNO dengan ini saya amanahkan sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO Malaysia berkuatkuasa serta merta,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Jelasnya, dengan kedudukan Mohamad Hasan sebagai Timbalan Pengerusi(BN), ia akan memudahkan proses membuat keputusan dalam soal persiapan Pilihan Raya yang melibatkan semua parti-parti komponen BN.

“UMNO Malaysia ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang sebelum ini menggalas amanah sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO,” katanya lagi. – UMNO Online

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2021/07/KM-13-Julai-2021-1.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.