#justiceforbella : Pelaku Harus Dihukum… Wanita UMNO Sokong Tindakan Undang-undang

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Wanita UMNO Malaysia memandang serius berita seorang kanak-kanak kurang upaya ‘sindrom down’ bernama Bella yang didera dengan keadaan yang teruk sangat menyedihkan ketika di bawah jagaan pengasas rumah kebajikan di Kuala Lumpur.

Kata ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, perkara ini melibatkan nilai kemanusiaan apatah lagi mangsa adalah seorang anak kurang upaya yang tidak berkeluarga.

“Wanita UMNO menyokong segala tindakan undang-undang yang sepatutnya di ambil ke atas pelaku tanpa campur tangan mana-mana pihak yang tidak berkaitan. Pelaku harus dihukum,” katanya dalam kenyataan media berkaitan isu terbabit.

Tegas Noraini, siapa pun pelakunya, tindakan tegas harus di ambil. Pelaku wajib dihukum setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

“Siasatan secara telus, tegas dan pantas harus dilaksanakan oleh semua pihak sama ada PDRM atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Difahamkan Kecederaan yang dialami oleh mangsa yang bernama Bella pada tahap ‘3rd degree burn’ bukanlah sesuatu yang patut dibiarkan dan pandang ringan kerana ianya mengancam nyawa kanak-kanak itu.”

Dilaporkan, sejak minggu lalu, negara kita digemparkan dengan berita seorang kanak-kanak kurang upaya ‘sindrom down’ bernama Bella yang didera dan soladariti #justiceforbella digerakan oleh masyarakat pelbagai lapisan dan golongan demi menuntut keadilan ke atas Bella. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.