Jangan Sampai Kita Terlupa Titah Istana Demi Rakyat

16 Jun 2021 – Istana mengeluarkan titah agar Parlimen bersidang dengan kadar segera dan meminta Pelan Pemulihan Negara di bentangkan.

16 Jun 2021 – Takiyuddin mendefinasikan Segera itu bulan September atau Oktober seperti di umumkan oleh Perdana Menteri.

Bermula perdebatan berkenaan istilah SEGERA.

26 Jun 2021 – Speaker dan Timbalan Speaker kedua-dua dewan dipanggil mengadap. Istana sekali lagi memberi penjelasan kepada Kerajaan berkenaan istilah Segera.

5 Julai 2021 – Setelah Tuan Speaker memahami erti segera mengikut Perundagan dan Kamus Bahasa Malaysia, Perdana Menteri memahami dan melaksanakan titah untuk membuka Parlimen.

Istana berpandangan Ordinan Darurat harus dibentangkan dan diluluskan didalam Parlimen sebelum ianya ditamatkan. Perdana Menteri mungkin berpendapat dan mungkin dalam pemikiran beliau dari awal lagi bahawa darurat ini tidak akan di tamatkan sehingga tahun hadapan, jeseru itu, beliau tidak mahu Parlimen dibuka.

Ada banyak perdebatan yang tersasar dari isu asal “Istana panggil mengadap ketua-ketua Parti termasuk Perdana Menteri”

Ramai yang menuduh dengan pelbagai andaian dan meletakan kesalahan kepada UMNO. Adakah Titah Istana itu bertentangan dengan tutuntan UMNO kepada Kerajaan ?

Hari ini, sistem kesihatan Negara akan lumpuh pada bila-bila masa, rakyat semakin tertekan malah ramai yang hilang harapan. Media Kerajaan dijadikan bahan untuk memberikan pelbagai alasan untuk menujukan Negara Malaysia antara yang baik diantara yang tercorot.

Untuk menjadi negara yang berjaya, seharunya Perdana Menteri menjadikan Negara-negara yang berjaya sebagai contoh, adalah salah apabila Kerajaan Malaysia menjadikan contoh Negara yang gagal untuk mengambarkan kejayaan Malaysia.

Kali terakhir Perdana Menteri keluar di muka tv pada 12 hari yang lepas, beliau dikatakan tidak sihat dan perlu menjalankan rawatan kesihatan, sekali lagi kita terus berdoa agar beliau sembuh dan dibukakan hati beliau untuk menyerahkan jawatan. Malaysia sudah punyai Timbalan Perdana Menteri, serahkan sahaja jawatan ini kepada Timbalan agar keputusan-keputusan pantas dan efektif dapat dilaksanakan.

Sekali lagi, dalam masa pengkritik UMNO sedang gembira mengkritik, jangan dilupakan bahawa UMNO tidak pernah berpakat dengan Istana untuk mewujudkan krisis ini. Kebawah Duli Tuanku amat risau keadaan Negara yang tidak menentu, malah Ke Bawah Duli Tuanku mengharapkan Kerajaan bersikap terbuka, menjunjung Perlembagaan Negara dan meletakan sistem demokrasi untuk membantu Kerajaan menyelesaikan masalah ini.


Razlan Rafii


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit