Jangan Alpa, Patuhi SOP Dimana Saja Berada… COVID-19 Tak Kenal Siapa – Jalaluddin

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Jalaluddin Alias mengingatkan orang ramai untuk terus patuh kepada SOP bagi mengekang penularan COVID-19.

Ini kerana katanya, jangkitan di pusat pemberian vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC) di Shah Alam melibatkan 204 kes positif COVID-19 menjadi bukti SOP perlu dipautihi.

“Kita dapat berita sedih apabila 204 petugas di PPV IDCC Shah Alam disahkan positif COVID-19 selepas dibuat swab test pada 2 Julai lalu.

“Disebabkan itu, semua yang hadir ke IDCC pada 9 hingga 12 Julai diminta untuk self-quarantine 10 hari bagi langkah berjaga-jaga.

“Ini bukti bahawa, kita semua perlu follow SOP dimana saja berada, terutama di tempat tumpuan ramai. Virus ini tak kenal siapa kita, dimana kita berada dan untuk tujuan apa kita ke sana,” katanya dalam kenyataan berkaitan isu terbabit.

Ujarnya yang juga Ahli Parlimen Jelebu, virus maut ini boleh menyerang sesiapa saja, dimana saja dan pada bila-bila masa.

“Jadi bagi kita yang dah kenal virus ini perlu lebih berhati-hati dan jangan mudah alpa.

“Saya panjatkan doa agar virus maut ini cepat-cepat diangkat dan hilang dari tanah air kita ini.”

Dilaporkan, IDCC di Shah Alam ditutup hari ini setelah 204 kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan petugas PPV berkenaan, – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.