Azmin Ke Hagia Sophia Atas Tujuan Apa, Membersihkan Lantai Juga Ke? – Zahida

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan mengkritik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali susulan tersebar gambar beliau melawat bangunan ikonik Hagia Sophia ketika berada di Turki.

Katanya, sebagai pemimpin negara Azmin seharusnya perlu sensitif dengan keadaan rakyat yang ketika ini berhadapan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Rakyat sudah berkorban, rakyat sudah patuh pada prosedur operasi standard (SOP). Tidak dibenar rentas negeri, rentas daerah, ziarah dan sebagainya.

“Tiba-tiba ada menteri sempat pula melancong di tempat bersejarah Hagia Sophia di Turki.

“Kalau pun tak fikir soal rakyat, sekurang-kurangnya sensitif la sedikit pada rakyat yang sudah penat berkurung lebih 500 hari sejak Mac 2020,” tegas beliau menerusi satu hantaran di Facebook.

Menerusi hantaran yang sama Zahida turut mempersoal dan menyindir kewajaran Azmin ke tempat bersejarah itu.

“Boleh tahu apa tujuan? Membersihkan lantai juga ke?” ujarnya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.