Tindakan Tarik Balik Sokongan Terhadap PM Dialu-alukan, UMNO Fokus Untuk Rakyat – PERKATA

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Persatuan Perjuangan Masyarakat Kota (PERKATA) mengalu-alukan apa yang diperjuangkan oleh UMNO di kala rakyat Malaysia sedang bertungkus lumus menjalani kehidupan sukar akibat Pendemik COVID-19 yang masih tidak dapat dikawal dan dibendung.

Setiausaha Agungnya, Adzly Ab Manas berkata UMNO kini fokus untuk memastikan kebajikan rakyat.

“Dengan adanya sokongan dari ahli-ahli Parlimen BN terhadap Kerajaan yang ada sekarang,sekurang-kurangnya dapat memastikan Kerajaan PN sekarang berjalan normal untuk memastikan masalah pendemik ini dapat diselesaikan segera dikala kehidupan sekarang yang abnormal,” katanya dalam kenyataan kepada UMNO Online.

Ujarnya lagi, PERKATA mengharapkan UMNO mempunyai ‘roadmap’ sendiri dalam menangani pendemik ini dan dikongsikan bersama kepada rakyat sebagai ‘shadow government’ yang dijuarai oleh Presiden parti dan ahli-ahli UMNO yang bukan Ahli Parlimen atau ADUN. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.