Lim Kit Siang Biadap Hina Agama Islam, Laporan Polis Seluruh Negara Oleh Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian-bahagian di seluruh Malaysia telah membuat laporan polis terhadap perbuatan biadap Lim Kit Siang yang menghina agama Islam di hantaran Facebook beliau.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, walaupun status asal yang dimuatnaik telah diubah, hebahan gambar mengenainya telah tular dan ia menyebut: “#kerajaangagal159 – If “Allah’s government” is the best form of government in Covid-19 Pandemic, why Malaysia is the last in the Economist’s global normalcy index losing out to countries none of which can claim to be “Allah’s government”.

“Tindakan provokasi adalah tidak wajar dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pemimpin DAP ini yang bersikap rasis dan chauvinis dengan sewenangnya meremehkan kesucian Islam.

“Hantaran dan kenyataan biadab ini secara tidak langsung telah mengundang, menghasut dan menyebabkan keadaan tidak harmoni, kebencian dan prejudis kepada institusi Agama Islam di negara ini,” katanya dalam hantaran menerusi laman facebooknya, malam tadi.

Justeru, tegasnya, Pergerakan Pemuda UMNO mendesak agar perkara ini disiasat dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

“Ia tidak terhad kepada mendakwa kesalahan ini di Mahkamah tetapi diambil tindakan pencegahan agar golongan Dap ini tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan perpaduan negara,” ujarnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.