Hari Ke-177 Darurat, Hari Ke-56 PKP 3.0, Hari Ke-36 Total Lockdown… Pesakit ICU Naik Tahap Tertinggi – Najib

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata hari ini hari ke-177 Darurat, hari ke-56 PKP 3.0, hari ke-36 Total Lockdown, dan hari ke-4 PKPD Selangor/Kuala Lumpur.

Namun begitu katanya, kerajaan masih melaporkan jumlah pesakit dalam ICU naik ke tahap tertinggi.

“Kadar kebolehjangkitan COVID-19 negara naik semula ke 1.07 iaitu ke atas paras neutral di mana jangkitan baharu COVID diramal akan bertambah.

“Lalu dibuat sidang parlimen hanya lima hari sahaja supaya ruang tidak diberi untuk perbincangan isu bantuan Rakyat dan kaedah kerajaan melaksanakan Lockdown serta usaha melawan COVID,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) berkata demikian menerusi laman facebooknya dengan mengaitkan kepada kenyataan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mendakwa ‘Prihatin Rakyat: Darurat Memerangi COVID-19″ dan juga “Kita tidak gagal tapi belum berjaya”. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.