Jangan ‘Sceptical’, ‘Husnuzon’ Mereka Yang Pasang Bendera Putih

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Jangan “sceptical” kepada ‘Bendera Putih’ dan rakyat tidak pernah melihat ia sebagai suatu tindakan politik, demikian menurut Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut mengulas mengenai ‘bendera putih’ yang diperkatakan hari ini.

Menurut beliau lagi yang rakyat tahu ada individu atau keluarga sedang dalam kesusahan yang nemerlukan pertolongan.

Jelas beliau jika mahu kepastian lebih mendalam cubalah bertanya penghuni rumah gantung ‘Bendera Putih’ samaada mereka gantung ‘Bendera Putih’ sebab politik atau terdesak perlu bantuan.

“Saya fikir tiada siapa dengan mudah sanggup kibar ‘Bendera Putih’ depan rumah. Mereka ini sanggup mengenepikan perasaan malu demi keperluan diri dan keluarga,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Ahnad Zahid seterusnya menambah maka wajar semua pihak ‘husnuzon’ dengan ‘Bendera Putih’ dan janganlah “overthinking” yang bukan-bukan.

“Lagipun secara tersirat ia satu pendekatan psikologi mengenai kebertanggungjawaban. Lihat sahaja sejurus ‘Bendera Putih’ dikibar laju bantuan tiba tanpa perlu memohon ke sana ke sini,” ujarnya.- UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.