Fokus ‘Total Lockdown’ Betul-betul… Tutup Sahajalah Semua Kilang – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Sebanyak 6,276 kes baharu COVID-19 direkodkan di dalam negara semalam dengan Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,836 kes.

Sehubungan itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan agar semua kilang-kilang di Selangor di tutup bagi tempoh 14 hari.

“Tutup sahajalah semua kilang di Selangor bagi tempoh 14 hari. Fokus total lockdown betul-betul di Selangor sahaja. Ternyata formula Menteri MITI sebelum ini gagal!” tegasnya dalam kenyataan menerusi laman facebooknya, hari ini.

Dilaporkan, semalam Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa kluster baharu tempat kerja yang direkodkan ialah empat di Selangor iaitu Industri Jalan Ikan Duyung, Industri Subang Utama Enam, Jalan PPS Satu dan Industri Jalan Masjid Batu Sembilan selain satu kluster kumpulan berisiko tinggi Jalan Emas Putih (Selangor).

Sepanjang tempoh total lockdown fasa pertama semua sektor sosial dan ekonomi tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) sahaja.

Terdahulu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengesahkan sebanyak 95,142 syarikat memperoleh kelulusan untuk beroperasi semasa tempoh tersebut. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.