Perak Luluskan Pakej Rangsangan Ekonomi Bernilai RM19.5 Juta Hadapi Impak COVID-19

IPOH, 2 Jun – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak hari ini meluluskan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021 bernilai RM19.5 juta.

Menurut Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad, ia bagi menghadapi impak pandemik COVID-19 termasuk penutupan sektor sosial dan ekonomi atau lockdown yang dilaksanakan selama dua minggu sehingga 14 Jun ini.

“Fokus utama PRE ini ialah untuk menjamin kelangsungan hidup rakyatyang terjejas termasuk keluarga miskin iaitu kalangan B40, gelandangan, penjaja dan peniaga kecil, belia, petani dan operator-operator sektor pelancongan yang terkesan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berikut merupakan intipati PRE Perak Sejahtera 2021:

(A) Pengecualian Sewaan Rancangan Perumahan

i. Pengecualian bayaran sewaan bagi program Rancangan Perumahan Awam (RPA) di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) selama satu (1) bulan bagi bulan Jun 2021 melibatkan 24 penerima.

ii. Pengecualian Bayaran Sewaan Program Perumahan Rakyat di bawah LPHP selama satu (1) bulan bagi bulan Jun 2021 kepada 41 penerima.

(B) Moratorium Pinjaman dan Sewa Beli Perumahan

i. Moratorium bayaran balik pinjaman Rumah Harapan selama satu (1) bulan bagi bulan Jun 2021 kepada 69 penerima.

ii. Moratorium bayaran balik pinjaman Skim Rumah Insan Amanjaya (SRIA) satu (1) bulan bagi bulan Jun 2021 kepada 443 penerima.

iii. Moratorium bayaran sewa beli program Rancangan Perumahan Awam (RPA) selama satu (1) bulan bulan bagi bulan Jun 2021 kepada 690 penerima.

(C) Pengecualian sewaan gerai dan bantuan one-off Penjaja / Peniaga Kecil

i. Pengecualian sewaan gerai di bawah semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Perak selama satu (1) bulan bagi bulan Jun 2021, melibatkan 10,264 gerai dengan kos RM1,602,924.00.

ii. Bantuan one-off RM300 kepada 47,226 penjaja dan peniaga kecil yang berlesen untuk memulakan perniagaan selepas tamat tempoh PKP 3.0. Bantuan ini akan disalurkan menerusi PBT yang berkaitan dengan peruntukan berjumlah RM14,167,800.00.

(D) Moratorium Pinjaman Pengajian Tinggi Perak

i. Moratorium bayaran balik Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak selama satu (1) bulan bagi bulan Jun 2021 kepada 228 pelajar.

(E) Penubuhan Pusat Penempatan Gelandangan Sementara di Kinta

i. Penubuhan Pusat Penempatan Gelandangan (PPG) Sementara di Kinta yang melibatkan kossebanyak RM750,000.00.

(F) Sektor Pelancongan

i. Pengecualian bayaran pembaharuan lesen hotel kepada 565 hotel yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melibatkan kos sebanyak RM448,048.38.

ii. Bantuan khas one-off RM3,000 kepada Persatuan Hotel Malaysia Negeri Perak (MAH Perak) yang akan memberi manfaat kepada 80 ahli dengan perbelanjaan sebanyak RM240,000.00.

iii. Bantuan khas one-off RM2,000 kepada Persatuan Umrah, Haji dan Ziarah (PUHAZ) yang akan memberi manfaat kepada 35 ahli dengan perbelanjaan sebanyak
RM70,000.00.

iv. Bantuan khas one-off RM2,000 kepada pengurusan homestay yang akan memberi manfaat kepada 11 pengurusan homestay dengan perbelanjaan sebanyak RM22,000.00.

v. Bantuan khas one-off RM500 kepada pemandu bot pelancongan (Pulau Pangkor, Temenggor, Teluk Intan, Kuala Sepetang dan Kg. Dew Kelip-Kelip) yang akan memberi manfaat kepada 400 orang dengan perbelanjaan sebanyak RM200,000.00.

vi. Baucar Pelancongan #TravelPeraklah Fasa 4 kepada Persatuan Pengusaha Spa Negeri Perak dan Persatuan Umrah, Haji dan Ziarah (PUHAZ) dengan perbelanjaan sebanyak RM368,000.00.

(G) Cukai Tanah

i. Pengecualian denda lewat diberikan mulai 1 Jun sehingga 31 Ogos 2021 bagi semua hakmilik. Kutipan denda lewat tidak termasuk di dalam sasaran pelbagai hasil tanah melainkan setelah pembayaran tunggakan cukai tanah dibuat, maka pengiraan denda lewat tersebut akan dikira sebagai hasil-hasil lain.

ii. Pemberian diskaun Tunggakan Cukai Tanah mulai 1 Jun sehingga 31 Ogos 2021 seperti perincian berikut:-

a. 20% pengurangan Tunggakan Cukai Tanah untuk tunggakan melebihi RM1,000,000.00 (bayaran sekaligus);

b. 15% pengurangan Tunggakan Cukai Tanah untuk tunggakan antara RM500,000.00 hingga RM999,999.00 (bayaran sekaligus); dan

c. 10% pengurangan Tunggakan Cukai Tanah untuk tunggakan di bawah RM500,000.00 (bayaran sekaligus).

iii. Pemberian Diskaun Strata (Cukai Petak) Bagi Kategori Perniagaan sebanyak 20% untuk bayaran cukai petak bagi tahun semasa melibatkan 9,051 petak bagi kategori perniagaan sahaja mulai 1 Jun sehingga 31 Ogos 2021.

iv. Selain daripada cukai tanah dan tunggakan cukai tanah, urusan-urusan berkaitan tanah juga seperti urusan pindahmilik, gadaian, melepas gadaian dan lain-lain perserahan di kaunter juga turut terkesan dalam tempoh PKPD yang melibatkan tempoh masa. Antara cadangan bagi memudahkan dan meringankan beban rakyat untuk berurusan berkaitan tanah adalah seperti berikut:-

a. Pengecualian denda lewat bagi perserahan urusniaga bagi mana-mana perserahan yang tamat semasa tempoh PKPD dikuatkuasakan.

b. Pelanjutan tempoh Notis 5A dan 7G Kanun Tanah Negara 1965 (jika tamat dalam tempoh PKPD) secara automatik selama satu (1) bulan dari tarikh PKPD ditamatkan dan pengecualian fi permohonan.

c. Pengecualian denda lewat bagi kutipan hakmilik yang tamat semasa tempoh PKPD dan diberi lanjutan satu (1) bulan untuk membuat bayaran.

d. Pelanjutan tempoh kelulusan satu (1) bulan bagi surat kebenaran pindahmilik / gadaian / Pajakan yang tamat dalam tempoh PKPD.

(H) Pertanian dan Perikanan

a. Program Khas Tani Pasca COVID-19 merangkumi bahan-bahan input ladang sebanyak RM3,000.00 yang akan memberi manfaat kepada 120 petani dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM360,000.00.

b. Pembelian hasil-hasil pertanian daripada golongan petani atau pekebun kecil yang terjejas. Inisiatif ini melibatkan dana sebanyak RM300,000.00

c. Program Perikanan Bandar dengan melibatkan sejumlah dana RM309,940.00meliputi pemberian bantuan benih, input makanan, kabin dan aksesori, program pembangunan modal insan peserta dan pensijilan amalan akuakultur baik myGAP.

d. Bantuan peralatan aktiviti penuaian hasil projek dengan kos sebanyak RM115,800.00. Melalui bantuan ini dapat mempercepatkan proses penuaian hasil.

e. Bantuan kotak makanan kepada nelayan darat yang melibatkan sebanyak 700 nelayan darat yang terjejas dengan bantuan bernilai RM100.00 seorang dengan keseluruhan RM70,000.00.

f. Input ternakan benih dan makanan ikan kepada penternak kecil dengan kos sebanyak RM180,000.00 melibatkan 90 penternak.

1. Dalam pada itu, kerajaan negeri juga bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM2 juta kepada lapan lagi Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) bagi tujuan penyediaan bantuan makanan keperluan kepada golongan yang terjejas sepanjang lockdown.

2. Ia melibatkan peruntukan sebanyak RM400,000 bagi daerah PDT Manjung dan masing-masing RM200,000 untuk PDT Kerian, Batang Padang, Hilir Perak, Selama, Perak Tengah, Kuala Kangsar dan Kampar.

3. RM200,000 lagi adalah peruntukan tambahan kepada PDT Hulu Perak.

4. Sebelum ini, kerajaan negeri telah mengumumkan penyaluran bantuan sebanyak RM1.2 juta kepada empat PDT yang terlibat dalam pelaksanaan PKPD iaitu PDT Kinta (RM400,000) dan masing-masing RM200,000 untuk PDT Hulu Perak, Larut Matang dan Selama serta Muallim. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.