Laporan Polis Dibuat Ke Atas Akaun Facebook Palsu – UMNO Kapar

KUALA LUMPUR, 1 April – Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Khairul Ikhsan hari ini telah membuat laporan polis berkaitan akaun facebook palsu yang menggunakan nama UMNO Bahagian Kapar.

Laporan berkenaan dibuat bagi menjaga nama baik UMNO Bahagian Kapar, satu laporan polis ini telah dibuat Ibu Pejabat Polis Daerah Klang, pagi tadi agar dapat disiasat dengan segera.

Menurut Khairul, akaun palsu tersebut telah memuat naik beberapa kenyataan bergambar (posting) tanpa izin serta kenyataan yang boleh mengelirukan ahli-ahli UMNO Kapar.

“Saya lihat kenyataan yang dibuat dalam facebook berkenaan adalah bukan dari kenyataan facebook sebenar UMNO Bahagian Kapar.

“Saya juga dapati mereka telah memuat naik gambar dan aktiviti politik pihak lawan. Mereka juga telah memuat naik gambar dan aktiviti politik lawan. Mereka juga telah mengambil gambar-gambar pemimpin UMNO dan telah memuat naik gambar tersebut dan menulis kenyataan–kenyataan yang boleh mengelirukan ahli-ahli UMNO yang melihat ‘posting’ berkenaan.

“Pihak kami percaya ada orang telah membuat akaun palsu terhadap facebook UMNO Bahagian Kapar untuk tujuan memburuk-burukkan UMNO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau lagi, pihaknya mengesyaki akaun palsu ini dilakukan oleh akaun yang diberi nama ‘Kebangkitan Malaya’.

“Kami juga mengesyaki facebook  ‘Kebangkitan Malaya’ sebagai dalang dalam modus operandi akaun palsu ini,” tegasnya. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.