Lebih 481,000 Individu Terima Vaksin COVID Setakat 23 Mac – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Seramai 481,989 individu telah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada jumlah itu 430,368 individu telah menerima dos pertama vaksin sementara 51,621 individu telah melengkapkan kedua-dua suntikan vaksin tersebut.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi laman Twitter rasminya hari ini, tiga negeri mencatat jumlah tertinggi individu yang telah menerima dos pertama vaksin iaitu Selangor (58,552), Perak (49,451) dan Sabah (41,125).

“Ini diikuti Kuala Lumpur (37,254), Sarawak (36,103), Pahang (33,317), Johor (31,451), Pulau Pinang (30,394), Kedah (26,293), Kelantan (19,734), Terengganu (19,698), Negeri Sembilan (19,639), Melaka (10,875), Perlis (9,526), Putrajaya (4,612) dan Labuan (2,344),” katanya.

Sementara itu, tiga negeri merekodkan bilangan tertinggi individu yang telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin berkenaan iaitu Sarawak (10,166), Pahang (5,793) dan Perak (5,337).

Diikuti Kuala Lumpur (4,894), Kelantan (4,647), Johor (3,271), Kedah (3,138), Terengganu (2,406), Selangor (2,174), Negeri Sembilan (1,802), Pulau Pinang (1,721), Sabah (1,525), Melaka (1,443), Labuan (1,276), Perlis (1,037) dan Putrajaya (991).

Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Feb itu, menyasarkan untuk memberikan imunisasi secara percuma kepada penduduk di negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.