Bantuan RM1,000 Kepada Pengerusi JKKK, JKKB Serta Timbalan Pengerusi JKKR – Wan Rosdy

KUANTAN, 11 Mac – Kerajaaan negeri Pahang memberi bantuan tunai RM1,000 seorang secara ‘one-off’ kepada pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung Baharu (JKKB) serta timbalan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Rancangan (JKKR).

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pemberian di bawah Bantuan Prihatin Pahang (BPP) itu merupakan tambahan RM750 kepada pengumuman asal sebanyak RM250 seorang yang dibentangkan pada Belanjawan Pahang 2021 pada 16 Nov tahun lepas.

“Pembayaran akan dibuat mulai minggu hadapan, melibatkan 675 penerima terdiri daripada 543 pengerusi JKKK, pengerusi JKKB (62 orang) dan timbalan pengerusi JKKR (70 orang) melibatkan peruntukan keseluruhan RM675,000,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Wan Rosdy berharap pemberian itu akan membantu penerima untuk terus meningkatkan khidmat bakti mereka dengan lebih berkesan demi kemajuan dan kemakmuran kampung atau rancangan tanah yang diwakili. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.