Titah Agong:Ahli Politk Perlu Akur, Jalankan Tugas

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa meminta semua pihak menjalankan tugas seperti yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menerusi hantaran Twitternya, beliau berkata usaha memerangi COVID-19 perlu ditingkatkan lagi walau mungkin terus diganggu dan politik terus tidak stabil.

“Menjunjung kasih atas keyakinan yang begitu tinggi SPB (Seri Paduka Baginda) Tuanku atas keupayaan yang telah dibuktikan kerajaan memerangi COVID-19,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara petang ini bertitah tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini.

Al-Sultan Abdullah bertitah perkara itu diputuskan setelah memperhalusi permohonan yang dipersembahkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu selain melihat situasi sedang dihadapi negara ketika ini. – Bernama

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.