Malaysia Rekod Kes Harian Empat Digit, 1,228 Kes Baharu

PUTRAJAYA, 24 Okt – Malaysia catat lonjakan kes baharu COVID-19 tertinggi dalam tempoh 24 jam, melepasi angka tiga digit buat pertama kali dengan sebanyak 1,228 kes baharu direkodkan hari ini.

Daripada jumlah itu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sabah kekal merekodkan jumlah kes tertinggi dengan sebanyak 889 kes atau 72.4 peratus daripada jumlah kes seluruh negara, jumlah tertinggi dicatat negeri berkenaan setakat ini.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan buat masa ini masih terdapat kapasiti katil di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) untuk menampung jumlah kes positif di negeri berkenaan. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.