PKPD Di Penjara Kepayan, Kuarters Kakitangan Mulai Esok Hingga 2 Nov

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Penjara Kepayan dan kuarters kakitangan penjara itu di Kampung Matambai, Kota Kinabalu, Sabah mulai esok hingga 2 Nov depan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD selama 14 hari itu melibatkan 3,511 individu merangkumi 2,914 banduan dan 597 kakitangan penjara.

Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini berikutan peningkatan kes COVID-19 di kawasan berkenaan. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.