Krisis Shafie-Anwar Semakin Kritikal, Kelebihan Buat BN Menang Besar

SEPERTI semua sedia maklum sejak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencalonkan Datuk Seri Shafie Apdal layak sebagai Perdana Menteri, seterunya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tidak senang duduk.

Mereka dilihat mula bersandiwara kononnya sepakat dan muafakat namun hakikatnya apa yang berlaku adalah di sebaliknya.

Anwar yang berikrar memberikan sokongan kepada kerajaan Sabah di bawah pimpinan Shafie dilihat semakin menyimpang apabila PKR mengambil keputusan untuk tidak hadir ketika pengumuman calon di bawah Warisan Plus semalam.

Ia berikutan sebelum ini Shafie menjanjikan 14 kerusi DUN kepada PKR namun ketika mengumumkan semalam hanya 7 kerusi yang diberikan.

Ia sekaligus menyaksikan semua penyokong bertindak meninggalkan majlis tersebut malah kesemua calon PKR serta Anwar sendiri tidak hadir pada majlis itu.

Malah PKR juga memutuskan untuk bertanding menggunakan logo PKR meskipun DAP setuju untuk menggunakan logo Warisan.

Bagaimanapun, difahamkan terdapat ahli parti tersebut yang hadir tanpa mengenakan pakaian korporat PKR, antaranya bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api, Datuk Christina Liew dan Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Sahari.

Selain PKR, DAP juga akan bertanding di 7 kerusi sahaja.

Manakala Amanah 1 kerusi.

Bagi Shafie, jumlah itu adalah munasabah berdasarkan persetujuan bersama gabungan Warisan Plus yang terdiri daripada PKR, UPKO, DAP dan Amanah.

Dalam senarai calon yang dikemukakan, beberapa pimpinan lama ditampilkan semula menjadi calon, antaranya Datuk Darrel Leiking, Datuk Mohammadin Ketapi, Datuk Peter Anthony dan Datuk Dr. Jaujan Sambakong.

Namun nama Ketua Wira Warisan, Datuk Azis Jamman turut menjadi perhatian apabila namanya tidak dicalonkan untuk bertanding pada PRN kali ini. – bnnewsonline.com

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.