PRN Sabah: MCA Tanding Empat Kerusi

KOTA KINABALU, 10 Sept – MCA akan bertanding di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hujung bulan ini.

Pengerusi Perhubungan MCA Sabah Lu Yen Tung berkata, empat kawasan itu ialah Kapayan, Elopura, Karamunting dan Likas.

“MCA sekali lagi telah diberikan kepercayaan oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN), untuk bertanding bagi membawa mengangkat suara komuniti Cina dan suara rakyat Sabah, di beberapa kawasan terpilih,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, MCA juga akan bertanding menggunakan logo BN atas keyakinan bahawa rekod prestasi BN terdahulu yang cukup cemerlang dalam membantu rakyat, masih mampu menarik semula sokongan masyarakat kepada parti berkenaan. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.