Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan 33 ADUN Berhubung Pembubaran DUN Sabah

PUTRAJAYA, 8 Sept – Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan dikemukakan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang mengetuai panel tiga hakim yang juga dianggotai Hakim Datuk Abu Bakar Jais dan Hakim Datuk Supang Lian, turut menolak permohonan 33 ADUN berkenaan bagi penangguhan pelaksanaan keputusan hari ini sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Berikutan keputusan itu, pilihan raya negeri akan berlangsung seperti dijadual.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Sept bagi penamaan calon dan pengundian pada 26 Sept.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.